Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA): Hojjatoleslam Kamilzuhairi, Rais Hauzah Ar-Ridha Malaysia, sebagai utusan kepada masyarakat syiah Imamiyyah Ja'fariyah, mengambil tindakan dengan mempertahankan tindak balas Republik Islam Iran terhadap serangan keji rejim zalim Zionis di dalam tanah mereka.
Menurut kenyataan beliau, "Rejim Zionis durjana ini, dengan sokongan syaitan besar Amerika Syarikat dan penyokongnya yang lain, telah menduduki tanah Quds Suci dan Palestin selama hampir 80 tahun. Dan kini telah berhasrat untuk menyerang pendukung utama rakyat mazlum Palestin, iaitu Republik Islam Iran yang berada di bawah kuasa Tuhan Yang Maha Esa"
Beliau mengakhiri dengan ucapan, "Dengan perbuatan jenayah ini, mereka bakal dibinasakan Tuhan Yang Maha esa dengan kesudahan yang buruk"
Pada pagi 13 Jun, Israel telah melancarkan beberapa serangan serentak di beberapa kawasan di seluruh Iran dengan menyasarkan beberapa pegawai tinggi ketenteraan dan ahli saintis serta kawasan-kawasan strategik.
Sebagai balasan, Iran bertindak dengan menghantar peluru berpandu dan dron ke arah kawasan pendudukan Zionis di Israel, khususnya di Tel Aviv dan Haifa.
Your Comment